December 16, 2011

Hukum menghantar surat / SMS berantai

Views
hai semua ! hari nie Fyza nak cakap pasal surat / SMS berantai.. tau tak apa bendanya tu ? kalu tak tau biar Fyza tunjuk contohnya..

YA ALLAH .Kau berikanlah dia kptusan yg t'bek untk PMR.Ssgghnya Engkau Maha Pemurah.Stdk-2nya kau brikanlah dia ap yg diingini dn mmpu mmbuat ke2 ibu bapanya t'snyum ya ALLAH dan jgnlah kau brikn kggln.SBRKN Msg Nii pd 10 org rakan.Jgn Nyesal skranya awk ggl dlm exam coz awak tak 4ward mcg ni.
"ALLAH AKU CINTAI KAU DAN AKU PERLUKAN KAU...DATANGLAH KE HATIKU..."" KIRIM PADA 10 ORANG DAN LIHAT KEAJAIBAN MALAM INI, TOLONG JANGAN DELETE. IA BENAR2 TERJADI. INI SMS DARI IBU ALI SAID-JURU KUNCI SAYYIDA MAKKAH YANG BERMIMPI BERTEMU RASULULLAH SAW. BELIAU BERPESAN: KUATKAN AQIDAH DALAM IBADAH KERANA DUNIA INI SUDAH GOYAH DAN TUA. SEBARKAN SMS INI KE 10 MUSLIM INSYALLAH DLM WAKTU 10 HARI AKANDAPAT REZEKI BESAR DAN JIKA TIDAK DISEBAR TUNGGULAH KESULITAN YANG TIADA HENti"
tu lah dia salah satunya.. nampak tak yang Fyza highlightkan warna merah tu ? geram kan ? Fyza sendiri mengaku waktu sekolah rendah dulu Fyza pernah hantar SMS macam yang 2nd tu , tapi waktu tu jahil lagi.. tak tau sangat pasal benda2 ni.. tapi sekarang bila tengok balik macam tak logik..


Fyza ada buat research pasal benda ni dekat Google.. ini dia penjelasan dia..

1 - Email/surat berantai ialah email yang menceritakan tentang kelebihan2 ayat Al-Quran atau cerita mengenai agam. Asalnya email ini memang elok diforwardkan sebagai mengingati sesama taulan tetapi penulis email asalnya pula seperti mengugut jika tidak menghantar kepada orang lain , kita akan dilanda musibah.
Ini yang tak betulnya kerana seolah-olah kita menganggap email/surat itu mengandungi satu kuasa sedangkan yang Maha Berkuasa ialah Allah SWT. mempercayai benda-benda karut ini boleh membawa kepada kurafat silap-silap mahu tergelincir iman kita.

2 - Panel menasihatkan saudara agar tidak mempercayai email2 atau SMS sebegini kerana ianya mengandungi unsur-unsur khurafat yang boleh membawa kepada syrik.

3 - Perkara buruk atau baik yang berlaku adalah Qada' dan Qadar dari Allah. pemikiran manusia tidak dapat menjangkau apa yang akan berlaku pada masa akan datang atau mengetahui perkara2 ghaib. ugutan seperti di atas bukan dari ajaran Islam dan mempercayai sesuatu yang buruk akan berlaku dengan melakukan sesuatu yang pelik ditakuti akan membawa kepada tergelincir dari akidah Islam [ syirik ].

4 - maka penghantaran SMS seperti ini HARAM kerana sebab2 yang dinyatakan. Sesungguhnya perbuatan menggalakkan orang untuk melakukan kebaikan merupakan perkara yang disuruh oleh agama Islam , tetapi hendaklah caranya juga betul dan tidak bercanggah dengan syariat.
so Fyza harap korang dah tak buat lagi okey ? Fyza pun memang dah tak hantar dah.. kalau Fyza hantar pun , Fyza delete yang "Hantar kepada 10 orang" tuh.. yang dulu pernah hantar , macam Fyza nie , kita kena  segera bertaubat kepada Allah.

"RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL"

Thanks for reading ! Comment with your Facebook :)

Comments
0 Comments

0 walkie-talkie:

Post a Comment