28 April 2014

Pengalaman Interview Biasiswa dan Asasi

Views
HI SEMUA !
Lama tak update kan? Sorry, saya busy dengan interview sebenarnya. Sooo sekarang nie saya nak cerita pasal interview yang saya dah pergi setakat nie.


1. Interview JPA (Program Kejuruteraan Di Negara Bukan Berbahasa Inggeris)


So untuk biasiswa JPA nie  boleh pilih negara antara Perancis, Jerman, Jepun dan Korea Selatan. Sejujurnya saya nak pilih Perancis, tapi course yang saya minat tu eSISRAF tak iktirafkan. Ramai yang tak tahu pasal benda nie bila saya cakap kat groupmate pasal benda nie. eSISRAF tu sebenarnya untuk check sama ada course dalam universiti luar negara atau dalam negara diiktiraf oleh Malaysia ataupun tidak. 

Sebab apa kena check? Ada kawan mama saya dulu, lepas dia study medic dekat Indonesia tu sepatutnya dia dah dapat title Doctor lah kan? Tapi dia tak dapat sebab course dia tak diiktiraf so automatically sijil degree dia tak laku... So burn macam tu jelah dia belajar dulu. Lepas tu kena ulang balik dekat Malaysia, tapi tu cerita berapa tahun lepas lah.

So back to our topic . Dalam interview or IV nie 5/6 orang dalam 1 group dan akan divided into 2. Ada 3 sections; case study (English), problem solving (Bahasa Melayu) dan Debat ala Parlimen (Bahasa Melayu). For case study, anda akan diberikan tajuk lepas tu bincang dengan group, dan bentangkan dalam masa yang ditetapkan.

Untuk problem solving, soalan dia macam IQ test sikit, ada 3 soalan. Basically bahagian nie dia tak tengok jawapan betul ke salah, dia cuma nak tengok macam mana kita selesaikan masalah tu dengan kreativiti otak kita. So group saya dapat 1/3 betul je, panel kata working salah :')

Untuk debat, macam biasa ada pencadang dan pembangkang. Diberi tajuk dan bincang. Tak perlu intro and penggulungan sebab tu semua kerja Abang instructor ^^ Dia kata ala Parlimen so kalau boleh, try buat hot scene sikit macam kat Parlimen tu (jangan baling kerusi dah lah) 


2. Interview Universiti Malaya


Yang nie just interview biasa untuk Asasi yang korang mohon dalam UPU tu. Dalam borang UPU tu, yang ada IV cuma course yang ada hashtag (#) sahaja.

So yang nie saya mohon Asasi Sains Hayat dengan Fizikal tapi dia panggil untuk Hayat sebab tu second choice saya (First choice Asasi Pintar tapi takde rezeki)

Untuk IV nie sangat simple and FULLY ENGLISH. Groupmate ada 5 orang. First of all, interviewer akan tanya "Please introduce yourself". So cerita lah pasal sekolah dengan skill korang. Nak cerita pasal family boleh tapi sikit jelah. Dia bukannya minat mana pun dengan family kita. Macam part saya tu, interviewer suruh cerita pasal family and school.

So saya just cakap nama, tempat tinggal, pekerjaan mak aya , bilangan adik beradik, nama sekolah, result SPM, favourite subjek kat sekolah dengan cita-cita. Time tu lupa nak cakap pasal skill yang saya ada huhu >.<

Next ada critical thinking. Dia bagi soalan dan situation lepas tu kena bincang out loud so interviewer boleh bagi markah. Lepas tu briefly explain apa yang dibincangkan. Sampai sini je interview untuk Asasi.

Tapi part bestnya , waktu tunggu giliran, kitorang kena stay dalam auditorium dulu baru masuk bilik interview. Dan orang tu pasang cerita Frozen =D


3. Interview MARA


IV nie paling mengejutkan saya sebabnya dia suruh pakai outfit sukan. Punyalah ingat dia suruh buat Physical test,  rupanya duduk dalam bilik je. Lepas tu singkat jugaklah berbanding interview JPA.

Yang nie pun FULLY ENGLISH ye. Ada 4 sections; case study, creative thinking, quizzes and evaluation. Case study tu macam interview JPA. Yang creative thinking nie best sebab kitorang kena design outfit pakai surat khabar. So disebabkan groupmate saya nie ada sorang lelaki nie sangat kurus, dia kena jadi model sebab taknak bazirkan surat khabar haha.

Quizzes tu dia just tanya soalan. Last yang evaluation tu, interviewer bagi borang then korang kena evaluate diri anda dengan groupmate anda sendiri dari skala 1-5. Evaluate tu dari segi communication, leadership etc. Saya kalau evaluate orang memang jujur sikit, sampaikan diri sendiri pun saya bagi 4 je. Ada 3 orang je saya bagi 5. Groupmate ada 10 orang kot rasanya.



So itu sahaja daripada saya, semoga batch seterusnya boleh lah baca dan ambil tips sikit dari pengalaman saya.

BYE !


Thanks for reading ! Comment with your Facebook :)