Yang nie just interview biasa untuk Asasi yang korang mohon dalam UPU tu. Dalam borang UPU tu, yang ada IV cuma course yang ada hashtag (#) sahaja.
So yang nie saya mohon Asasi Sains Hayat dengan Fizikal tapi dia panggil untuk Hayat sebab tu second choice saya (First choice Asasi Pintar tapi takde rezeki)
Untuk IV nie sangat simple and FULLY ENGLISH. Groupmate ada 5 orang. First of all, interviewer akan tanya "Please introduce yourself". So cerita lah pasal sekolah dengan skill korang. Nak cerita pasal family boleh tapi sikit jelah. Dia bukannya minat mana pun dengan family kita. Macam part saya tu, interviewer suruh cerita pasal family and school.
So saya just cakap nama, tempat tinggal, pekerjaan mak aya , bilangan adik beradik, nama sekolah, result SPM, favourite subjek kat sekolah dengan cita-cita. Time tu lupa nak cakap pasal skill yang saya ada huhu >.<
Next ada critical thinking. Dia bagi soalan dan situation lepas tu kena bincang out loud so interviewer boleh bagi markah. Lepas tu briefly explain apa yang dibincangkan. Sampai sini je interview untuk Asasi.
Tapi part bestnya , waktu tunggu giliran, kitorang kena stay dalam auditorium dulu baru masuk bilik interview. Dan orang tu pasang cerita Frozen =D
3. Interview MARA
IV nie paling mengejutkan saya sebabnya dia suruh pakai outfit sukan. Punyalah ingat dia suruh buat Physical test, rupanya duduk dalam bilik je. Lepas tu singkat jugaklah berbanding interview JPA.
Yang nie pun FULLY ENGLISH ye. Ada 4 sections; case study, creative thinking, quizzes and evaluation. Case study tu macam interview JPA. Yang creative thinking nie best sebab kitorang kena design outfit pakai surat khabar. So disebabkan groupmate saya nie ada sorang lelaki nie sangat kurus, dia kena jadi model sebab taknak bazirkan surat khabar haha.
Quizzes tu dia just tanya soalan. Last yang evaluation tu, interviewer bagi borang then korang kena evaluate diri anda dengan groupmate anda sendiri dari skala 1-5. Evaluate tu dari segi communication, leadership etc. Saya kalau evaluate orang memang jujur sikit, sampaikan diri sendiri pun saya bagi 4 je. Ada 3 orang je saya bagi 5. Groupmate ada 10 orang kot rasanya.
So itu sahaja daripada saya, semoga batch seterusnya boleh lah baca dan ambil tips sikit dari pengalaman saya.
BYE !