05 April 2015

Pengalaman di INTEC Education College

Views

Assalamualaikum and 안녕하세요 여러분 !

Haa, kenapa saya tiba-tiba tulis bahasa Korea nie? Sebabnya haritu lepas dah interview untuk biasiswa dan asasi, Alhamdulillah saya dapat peluang dengan biasiswa JPA! So, disebabkan saya pilih untuk pergi negara Korea Selatan, saya sekarang nie belajar di INTEC Education College sebagai kursus persediaan untuk fly to Korea~

Okay , so harinie saya nak cerita pasal INTEC, tapi dispesifikkan ke arah Program Korea. Dekat INTEC nie , ada banyak program;
  • A-Level German
  • A-Level (UK & USA)
  • ADFP (American Degree Foundation Progamme)
  • ACTP (American Credit Transfer Programme)
  • AUSMAT
  • Program Jordan
  • France
  • KTJ (Jepun)
  • Program Korea
Kalau nak info tentang program lain boleh klik link nie --> https://intec.edu.my/


Dalam Program Korea nie, kalau korang scholar JPA, semuanya under Engineering course. Tapi kalau scholar MARA, ada banyak course such as Engineering, Waste Management and Animation. Ada jugak student private.

So dalam Program Korea untuk yang ambil Engineering course, kami belajar Bahasa Korea (한국어), Korean Culture, Speech Communication (English), Pre-Calculus, Physics, Chemistry and CTIS (For Muslim) / CTES (for non-Muslim)

Kelas Bahasa Korea (한국어) paling banyak credit hour and best gila, cumaaaa akan penat sikit nak menghafal banyak vocab (단어) but mostly, it's really fun. Lagi-lagi kalau kelas Korean Culture. Time kelas nie, aktiviti korang paling banyak --> tengok movie Korea, tak pun buat something about Korean Culture, and kalau dah dekat dengan exam tu, belajar Bahasa jelah haha.

Kelas lain tak payah terangkan kot. Untuk tempoh masa, Program Korea cuma 9 bulan sahaja (2 semester), dan bulan terakhir tu untuk preparation untuk fly to Korea. Tapi untuk fly, korang kena lepas pointer scholar korang dah tetapkan. JPA nak cut off point 3.00, MARA nak 3.50 and private 2.5. Kalau tak lepas, tak dapat lah merasa nak fly to Korea...

Untuk penempatan nie jangan risau, ada asrama ataupun kat sini kami panggil as kolej. Kolej Akasia (for girls only) and Kolej Cemara (Mostly boys, tapi ada girls sikit) dekat Seksyen 18. Meanwhile Kolej Cendana (boys only) dekat Seksyen 6. INTEC pulak dekat Seksyen 17, so pagi-pagi korang akan naik bas dari depan kolej untuk pergi INTEC.


Rasanya tu je kot. Good luck untuk junior-junior yang nak mencuba Korean Programme kat INTEC! 

Until we meet again. Bye ~


Thanks for reading ! Comment with your Facebook :)

Comments
4 Comments

4 comments:

MieyraTS said... [ Reply! ]

Assalamualaikum kak.. alhamdulillah saya telah menerima biasiswa JPA ke Korea... saya ada beberapa soalan..

1) Dalam surat tawaran, dia tulis 21 bulan di INTEC.. maknanya saya takkan sambung di SNU ke?

2) course tuk degree di Korea, boleh x saye ambik environmental engineering?

3) Apa keperluan di INTEC? Perlu cadar katil , bantal dan Lain2 x? Penginapan die mcamane?

Terima kasih kerana sudi membaca dan diharapkan dibalas soalan saya secepat mungkin.

Daus said... [ Reply! ]

Salam kak , nak tanya kalau saya aliran perdagangan , layak ke nak ambil animation ye ? Kiranya takde add math and bio fizik semua tu .

Fyza said... [ Reply! ]

@MieyraTS
Waalaikumussalam awak. Ya Allah sorry sangat-2!!! akak busy sangat, tak sempat nak bulan blog for the whole year. Awak mesti dah nak fly kan ? sorry sangat sangat sangat ㅠㅠ

Fyza said... [ Reply! ]

@rakan-rakan aq di SKAK
waalaikumussalam awak. sorry akak baru ada masa nak bukak blog. yang tu akak tak berapa nak pasti. rasanya boleh je sebab selama akak kat intec dulu, student animation pergi kelas animation waktu kitorang kelas science subjects

Post a Comment